Tuesday, April 13, 2010

Peperiksaan Akhir

Peperiksaan akhir sudah tiba. Setelah berhempas pulas selama 14 minggu dalam bilik kuliah dan menyiapkan segala tugasan (masih ada yang belum siap lagi), kini sudah sampai seruan peperiksaan akhir.
Saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua rakan-rakan dan juga diri ini. Pastikan diri anda mendapat rehat yang secukupnya. Jangan belajar sampai lewat pagi kerana khuatir tidak boleh memberi tumpuan 100% ketika menjawab soalan nanti.

Tuesday, November 17, 2009

Greenlake edisi blogspot

Hampir lebih 10 bulan aku tidak berblog. Sepanjang tempoh itu, rasa malas untuk berblog menguasai diri. Bukan apa, sewaktu di Greenlake.terbaek dulu, akhir-akhir entri aku lebih mengarah kepada masalah personal. Lebih kepada luahan diri sendiri yang sememangnya bukan menjadi topik kesukaan. Tambah lagi, ketika itu tiada inspirasi untuk menulis. Kekalutan yang melanda tika itu membuatkan aku berkeputusan untuk menutup terus blog lama itu.

Kini, rasa ghairah untuk berblog mula kembali. Harap-harap ghairah ini akan kekal ghairah seperti pengantin baru menikmati malam pertamanya. Hehe. Arah blog ini juga masih belum aku tetapkan. Buat masa ini, biarlah keadaan dan masa yang menentukannya.

Selamat berblog kembali kepada diriku.