Sunday, June 27, 2010

Mereka sudah besar, biarkan saja?

1) Melihat gambar mereka di laman sosial Facebook sebentar tadi, terbit sedikit kejutan betapa cepatnya masa berlalu.
2) Mengimbas 12 tahun dahulu, pada tahun 1998, sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel dan ketika aku sedang berhempas pulas dengan peperiksaan UPSR, mereka hanyalah budak hingusan yang tidak mengerti apa-apa.
3) Ketika itu, saiz dan ketinggian mereka masih di bawah aku, apabila abah dan mama pergi kerja, mereka akan ditinggalkan di rumah pengasuh yang kami panggil 'ibu'.
4) Pada hujung minggu saja, mereka tinggal di rumah sendiri kerana abah dan mama meletakkan kepercayaan padaku dan Nadia untuk menjaga mereka di rumah lama kami di Wangsa Melawati.
5) Dahulu mereka masih bergantung dengan aku dalam melakukan bayak perkara, kini mereka sudah berupaya berdiri dengan kaki mereka sendiri.
6) Hatta untuk keluar dari rumah pun mereka perlu meminta izin daripada aku, begitu ketatnya peraturan yang dikenakan kepada mereka oleh abah dan mama.
7) Namun, kini pada tahun 2010 semua itu telah berubah, mereka sudah tidak perlu dikawal lagi. Seorang sudah berada di Matrikulasi Pulau Pinang dan seorang lagi dalam tingkatan 4, bakal menghadapi SPM akan datang.
8) Masing-masing sedang menikmati masa remaja mereka, aku tumpang bangga dengan mereka, walaupun perjalanan hidup mereka masih jauh tapi aku yakin mereka akan berjaya dengan hidup mereka.
9) Cuma, zaman remaja adalah zaman paling mencabar dalam fasa hidup setiap manusia, ketika ini perasaan dan emosi lebih diutamakan dalam dijadikan panduan dalam membuat keputusan, bukan akal fikiran.
10) Kebimbanganku muncul selepas mengetahui mereka sudah mempunyai bunga di hati masing-masing. Yelah, mereka sudah remaja dan kebetulan masing-masing mempunyai rupa, sudah tentu menjadi rebutan.
11) Aku khuatir fokus mereka kepada pelajaran yang patut diutamakan terabai, sekali gus menempuh kegagalan. Patutkah aku melakukan sesuatu atas kapasiti seorang abang?
12) Hati kecilku berbisik " Alah, mereka sudah besar, biarkan saja".
13) Benar, mereka sudah besar, namun aku kira membiarkan mereka melakukan segala keputusan dalam hidup mereka tanpa mendapat bimbingan yang betul akan menyebabkan kemusnahan dalam hidup mereka.
14) Aku perlu bertindak, memastikan mereka tidak terpesaong, supaya mereka, Hilmi Faiz Mohamad dan Haziq Firdaus Mohamad akan berjaya lebih hebat daripada aku. Insyaallah.

1 comment:

  1. :)...like your words...Macam ni ...sampai mati pun...kita mesti pikul tanggungjawab utk membantu..mendidik..menasihati sesiapa pun disekeliling kita...esp family kita..sampai la kita hembus nafas terakhir..jgn pernah capek dengan usahs-usaha kamu...walaupun maybe mereka tak menghargainya...tapi for sure ALLAH will like it...:) dan setiap usaha kamu diiringi ngan hati yang sgt2 percaya pada ALLAH..dan ketentuanNYA...insyallah..kamu tidak perlu risau akan sebarang kegagalan..kerana jika kamu berada pada tahap tersebut..apa saja yang datang adalah dugaaan dariNYA... :) gud luck bro...never gave up...

    ReplyDelete